Thursday, September 25, 2008

Lanscape.

Tiada apa yang dapat saya ungkapkan mengenai gambar ini. Saya meletakkan gambar ini sebagai sesuatu yang mewakili kepada keindahan ciptaan tuhan.Panorama ketika matahari di ufuk mula hendak mengundurkan diri dengan menghasilkan warna-warna keemasan yang sangat mendamaikan suasana.Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa saat-saat Golden Hour seperti ini adalah saat-saat yang sangat dinantikan oleh kebanyakkan kita untuk bersantai dan mendamaikan hati.



kedua-dua gambar diatas dan dibawah ini saya ambil ketika berkesempatan melawat Banda Kota Kinabalu, sebenarnya kawasan ini adalah di satu kawasan yang sibuk dengan aktiviti manusia di belakangnya. Pasar, jalanraya, serta gelagat manusia hampir-hampir menenggelamkan keindahan serta saat-saat yang berharga ini. Ini lah dia kuasa dari lensa, dapat mengabdikan sebuah panorama yang berharga walaupun pada keadaan sebenarnya adalah disebaliknya.

No comments: