Tuesday, September 23, 2008

1st Entry

mimpi
indah berseri disulam cerita luka
minda terpana dengan bisikan kata
bisu tutur mengunci makna

hentian ini masih aku
mata di pejam menanti hadir
gelombang raksi janji
ikatan tulus cerita lara
dari mana datang
kemana pula hala

selepas hujan
berarak lagi kabus kabus
menuju rakus bertaut mesra
menutup kebiruan langit terbentang
senja menghimpit
gempita unggas unggas berterbangan
ketika seruan memecah gema
syahdu.. .. dengan kelembutan...

kau lari
letika aku terpinga
lelah lalu terperosok di sudut duka
cari dari mana silapnya
sumbang langkah bermula bila
silap bahasa pada mana ketika
kau lari
mengulit .. .. medodoi mimpi ku

cerita uda dan dara
syair bermadah bangsawan pujangga
hayunan buaian bersalut besi cinta
sayang tak lama...!!!!

2 comments:

Sharizal Sarif said...

Kau memang puitis.. kagum dgn bahasa indah ko ni.

Mits said...

hahaha.. takda apa pun tu.. time mandrem dapat la ayat macam tu