Thursday, September 25, 2008

Lanscape.

Tiada apa yang dapat saya ungkapkan mengenai gambar ini. Saya meletakkan gambar ini sebagai sesuatu yang mewakili kepada keindahan ciptaan tuhan.Panorama ketika matahari di ufuk mula hendak mengundurkan diri dengan menghasilkan warna-warna keemasan yang sangat mendamaikan suasana.Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa saat-saat Golden Hour seperti ini adalah saat-saat yang sangat dinantikan oleh kebanyakkan kita untuk bersantai dan mendamaikan hati.



kedua-dua gambar diatas dan dibawah ini saya ambil ketika berkesempatan melawat Banda Kota Kinabalu, sebenarnya kawasan ini adalah di satu kawasan yang sibuk dengan aktiviti manusia di belakangnya. Pasar, jalanraya, serta gelagat manusia hampir-hampir menenggelamkan keindahan serta saat-saat yang berharga ini. Ini lah dia kuasa dari lensa, dapat mengabdikan sebuah panorama yang berharga walaupun pada keadaan sebenarnya adalah disebaliknya.

Wednesday, September 24, 2008

Candid

ni gambar candid di sebuah majlis pertunangan, saya sukakan tema biru pada majis tersebut, salah satu gambar favourite saya, kerana apa yang saya capture adalah bukan seperti yang gambar ini cuba ceritakan,kelihatan seperti sedang menangis atau dalam keadaan hiba tapi sebenarnya adalah sebaliknya, dia hanya sedang mengelap mulut selepas cuba mengawal kegembiraannya.

Tuesday, September 23, 2008

3rd photo post

gambar sebuah arca basikal tua yang sangat sesuai di jadikan sebagai hiasan, satu masa dahulu inilah dia pengangkutan utama di malaya, hinggakan jepun menakluk Tanah Melayu bermula dari Kota Bharu hanya dengan menunggang pengangkutan ini.

2nd Post

saya hanya seorang peminat fotografi amnya, sekadar seorang peminat yang cuba untuk menghasilkan foto-foto yang memberi impak dan kepuasan pada diri sendiri.saya suka, apa saja jenis fotografi tak kira la comercial, journal, close up, candid, secara mudahnya apa saja yang boleh saya bercerita hanya dengan foto.

Picture kredit to sharizal`s photography.



1st Entry

mimpi
indah berseri disulam cerita luka
minda terpana dengan bisikan kata
bisu tutur mengunci makna

hentian ini masih aku
mata di pejam menanti hadir
gelombang raksi janji
ikatan tulus cerita lara
dari mana datang
kemana pula hala

selepas hujan
berarak lagi kabus kabus
menuju rakus bertaut mesra
menutup kebiruan langit terbentang
senja menghimpit
gempita unggas unggas berterbangan
ketika seruan memecah gema
syahdu.. .. dengan kelembutan...

kau lari
letika aku terpinga
lelah lalu terperosok di sudut duka
cari dari mana silapnya
sumbang langkah bermula bila
silap bahasa pada mana ketika
kau lari
mengulit .. .. medodoi mimpi ku

cerita uda dan dara
syair bermadah bangsawan pujangga
hayunan buaian bersalut besi cinta
sayang tak lama...!!!!